- Beyond The Wall
- Citizen Nades
- Egalitaria
- Freespace
- Inside Write
- Let's Get Real
- Letters
- Local Counsel
- Making Sens
- Off The Cuff
- OnPointe
- Oon Time
- The Nutmeg Verses
- TheSun Says
- This N That
- What They Say
- Wildlife Matters
- Others
Wednesday, October 24, 2012
Friday, October 12, 2012
Ustaz Ahmad Tajuddin Idris al-Manhaji
SEDEKAH adalah satu amalan yang amat dituntut dalam Islam namun tidak ramai
yang berminat berbuat demikian kerana pelbagai faktor, antaranya terlalu
sayangkan harta.
Banyak ayat dalam al-Quran yang menerangkan mengenai kebaikan bersedekah dan menginfakkan harta mereka untuk agama.
Malah, Allah menjanjikan ganjaran berlipat ganda, cuma kadangkala manusia tidak nampak pahala atau balasan itu, mungkin diberikan segera atau di masa depan. Di Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) antara institusi yang menjaga bidang sedekah jariah.
Allah berfirman yang bermaksud: “Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (Surah al-Baqarah, ayat 3) Orang yang bertakwa itu cirinya yang pertama percaya yang ghaib, kedua mendirikan solat dan ketiga bersedekah dan menginfakkan harta yang Allah rezekikan kepadanya.
Ciri orang Islam adalah dia perlu bersedekah. Jika ditanyakan kepada kita mengapa kita perlu bersedekah, maka jawablah kerana kita adalah orang Islam. Ini adalah jawapan yang asas yang perlu diketahui.
Berkenaan pembudayaan sedekah di kalangan umat Islam di negara ini, mereka tahu kepentingan sedekah tetapi agak lambat untuk bersedekah. Ini kerana tidak ada orang yang menyerukan secara serius mengenai hal itu.
Contohnya bila ada penerangan dan taklimat amal jariah di satu institusi atau sekolah dan dihimpunkan guru-guru untuk mendengar taklimat, ramai yang berminat menyumbang. Maksudnya, mereka tahu kepentingan sedekah tetapi sebelum ini mereka tidak melaksanakannya kerana tidak ada orang mengajak ke arah itu.
Secara rasionalnya, sejauh mana kekuatan atau budaya orang Islam bersedekah? Data yang dikeluarkan YaPEIM, seramai 1.2 juta kakitangan awam dan 2.2 juta kakitangan swasta yang beragama Islam menyertai YaPEIM melalui sedekah potongan gaji.
Sedekah terbahagi kepada dua. Sedekah yang wajib adalah zakat yang dilakukan
setiap tahun ataupun cukup nisab dan haul.
Sedekah sunat mengsyariatkan setiap nafas kita boleh dilakukan. Jika kita hendak menunggu setahun sekali, sifat inilah yang akan memandulkan ekonomi umat Islam.
Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w menceritakan kelebihan sedekah jariah, “Apabila matinya anak Adam, terputus segala amalannya kecuali tiga, sedekah yang berterusan, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan.” (Riwayat Imam Muslim) Sedekah mendapat jaminan akhirat iaitu jaminan pahala berterusan kepada pelakunya bukan yang wajib sahaja tetapi juga yang sunat.
Namun, ramai gagal menunaikan tanggungjawab itu kerana beranggapan ia hukumnya sunat dari sudut fekah iaitu kita mendapat pahala apabila melaksanakannya dan tidak berdosa jika terlepas pandang. Berbeza dengan sahabat dan generasi awal Islam, mereka memahami sedekah adalah sunah iaitu sentiasa dilakukan Rasulullah.
Apabila mereka memikirkan perkara yang Nabi lazim lakukan, mereka tidak sedikitpun bimbang untuk bersedekah sebaliknya ingin mencontohi apa yang dilakukan Baginda.
Diriwayatkan, tidak ada hari yang Nabi lalui melainkan di dalamnya mempunyai sedekah. Maka sekiranya kita memahami sedekah sebagai sunah, kita akan melakukannya kerana ingin mencontohi Nabi.
Segelintir orang khuatir sedekah ini untuk apa dan digunakan untuk apa. Sebenarnya di dalam Islam kita mesti menjadi tangan di atas seperti kata Nabi dari Hakim Ibnu Hazm r.a yang bermaksud: “Tangan yang di atas (pemberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (penerima); dan mulailah dari orang-orang yang banyak tanggungannya; dan sebaik-baik sedekah ialah yang diambil dari sisa keperluan sendiri, barang siapa menjaga kehormatannya Allah akan menjaganya dan barang siapa merasa cukup Allah akan mencukupkan keperluannya.” (Riwayat Imam al-Bukhari) Dan apabila bersedekah, kita tidak perlu tahu orang itu buat apa dan jangan diungkit. Tanggungjawab kita telah selesai. Kita sepatutnya tidak mempersoalkan perkara itu kerana takut sedekah yang dikeluarkan tadi akan menyebabkan Allah SWT tidak memberikan pahala pula kerana tidak ikhlas.
Rasulullah pernah bersumpah dengan harta sedekah yang bermaksud: “Tiga perkara yang aku bersumpah atas ketiganya: Tidak berkurang harta kerana sedekah, tidak teraniaya seorang hamba dangan aniaya yang dia sabar ke atasnya melainkan Allah anugerahkan kepadanya kemuliaan dan tidak membuka seorang hamba pintu permintaan (mengemis) melainkan Allah membukakan ke atasnya pintu kefakiran.” (riwayat Imam Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah) Allah memberi jaminan kepada harta yang dikeluarkan untuk menderma ini, balasan dunianya bukanlah sahaja kepada orang Islam.
Pertama sekali hadis Muslim berkenaan dengan apabila mati anak Adam itu ialah berkenaan dengan pahala yang selepas orang mati dia mendapat pahala dan ia menjadi saham akhirat.
Tetapi pelaku sedekah juga Allah s.w.t bukan sahaja membalas selepas dia mati ataupun ketika diakhirat tetapi di dunia lagi Allah akan membalas dan bukan orang Islam saja yang melakukan malah kepada orang jahat serta orang kafir.
Jika mereka mengeluarkan harta mereka kerana kerelaan sendiri, Allah pasti akan ganti apatah lagi sebagai orang Islam ketika di dunia.
Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Baqarah, maksudnya: “Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan.” (Surah al-Baqarah, ayat 245) Penulis ialah Ketua Biro Sekretariat Ilmuan Malaysia (iLMU)