Wednesday, January 30, 2013

goodbye...

Monday, January 07, 2013

Thursday, January 03, 2013

when common sense is not so common

quoting voltaire.

i learned to keep my mouth shut when i have nothing wise to say.
think before  u speak is so common but do ppl adhere?

must not always assume that u know better.
must always assume that u know less.

things that u havent experienced?
oh shut up, please.
u r not even making things better.

im not convinced.
i'll never be.

Wednesday, December 26, 2012

Happy Birthday Amoi!







Happy Birthday to ubisetela too!

Monday, December 24, 2012



Wednesday, December 12, 2012





















































Friday, November 09, 2012


 

Hidayah fahami al-Quran


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SERING kali kita mendapati ramai masyarakat kita bersyukur kepada Allah SWT apabila diberikan nikmat duniawi seperti makan, minum, kesihatan dan sebagainya. Namun, amat kurang orang bersyukur kepada Allah apabila diberikan nikmat akhirat ataupun nikmat agama. Sebenarnya nikmat yang lebih utama adalah nikmat agama dan sebesar-besar nikmat dalam Islam adalah nikmat mengikuti sunnah.
Ramai juga yang tidak memperoleh petunjuk untuk mengikut sunnah Nabi s.a.w. Justeru, kita harus bersyukur kepada Allah di atas nikmat mengikuti sunnah Nabi. Sedangkan nikmat hidayah dan petunjuk mengikuti sunnah itu semua datang daripada nikmat Allah.
Seperti firmannya yang bermaksud: “Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk dan barang siapa disesatkan oleh Allah, maka merekalah orang-orang yang merugi.” (Surah Al-A'raf , 7:178)
Di antara bentuk kesyukuran yang perlu diberi perhatian ialah membaca al-Quran. Membaca al-Quran bukan saja bacaan teks Arab, tetapi perlu diperluaskan kepada bacaan yang lebih khusyuk. Maksudnya memahami erti ayat al-Quran yang diturunkan oleh Allah.

Jika kita tidak mahir atau memahami bahasa Arab, hendaklah berusaha menggunakan bahasa lain. Mereka yang memahami bahasa Arab mungkin tidak perlu membaca terjemahan.
Mungkin kita perlu baca sedikit tafsir al-Quran yang ringkas untuk mengetahui beberapa ayat yang tidak berapa jelas. Secara umumnya masyarakat di Malaysia boleh dikatakan tidak mengetahui bahasa Arab.

Hari ini, ramai orang Islam khatam al-Quran terutamanya pada bulan Ramadan. Namun, amat sedikit yang mengkhatam bacaan terjemahan dan makna ayat al-Quran.

Marilah kita mulakan usaha membaca al-Quran bersama terjemahannya bermula surah Al-Fatihah sehingga surah An-Nas.

Jika ada yang bertanya apakah tujuannya berbuat demikian? Maka jawabnya, di dalam al-Quran ada hidayah dan di dalam al-Quran ada cahaya. Jika kita membaca bahasa Arabnya saja tanpa memahami maknanya, maka kita tidak mendapat cahaya dan hidayah berkenaan.

Kita hanya akan mendapat keenakan membaca, itupun jika kita membaca dengan tajwid yang betul ataupun dengan taranum. Jika tajwidnya pun ada masalah, jauh sekali menghayati taranumnya, mana mungkin kita dapat menikmati keenakan, kelazatan dan kemanisan bacaan itu, apatah lagi maklumat ataupun hidayah yang dibawa oleh ayat itu.

Ini satu perkara yang perlu disebarkan bahawa umat Islam perlu memahami makna ayat suci al-Quran.

Ramai orang bukan Islam tertarik memeluk agama Islam apabila mereka membaca al-Quran, antaranya kisah yang sering kita baca seperti Yusof Islam dan Profesor Dr Maurice Bucaille.

Mereka mendapat hidayah melalui membaca al-Quran. Berbeza pula dengan sebahagian orang Islam yang membaca al-Quran dalam teks Arab. Mereka tidak memahami inti kandungan dan tidak mendapat manfaat daripadanya seperti mana orang kafir yang membaca lalu mendapat faedah memeluk Islam.

Sebahagian umat Islam hanya khatam bacaan teks Arab al-Quran saja, tetapi inti kandungannya belum difahami. Ini satu aib yang besar kepada umat Islam, khususnya di negara kita.

Al-Quran sudah berada di dalam rumah kita sejak lahir, namun selepas puluhan tahun mereka tidak pernah memahami atau berusaha memahami makna kandungannya.

Oleh yang demikian, sudah sampai masanya kita memberikan perhatian kepada perkara ini. Sesiapa yang sudah khatam maksud al-Quran ataupun sudah faham bahasa Arab, alhamdulillah. Sebaliknya, sesiapa yang belum faham lagi, ia menjadi satu kewajipan untuk kita membaca terjemahan al-Quran bermula daripada surah Al-Fatihah sehingga surah An-Nas.

Allah menyebutkan: “Tidakkah mereka tadabbur” iaitu memerhatikan, memahami isi kandungan ayat al-Quran. Hendaklah mereka membaca al-Quran dengan bacaan yang disusuli kefahaman dan penghayatan terhadap ayat yang Allah berikan.
Firman-Nya yang bermaksud: “Maka tidakkah mereka menghayati (tadabbur) al-Quran, ataukah hati mereka sudah terkunci?” (Surah Muhammad, 47: 24)
Jika hanya membaca alif lam min, bacaannya sudah elok, tetapi apabila orang Arab datang kepada kita dan bertanya apakah maksudnya, kita tidak dapat menjawabnya. Ini adalah musibah besar. Orang Arab sendiri hairan bagaimana orang Melayu boleh membaca dengan baik al-Quran sehingga menang pertandingan tilawah.

Apabila datang orang Arab untuk mengucapkan tahniah kepada qari yang menang, orang Arab itu mendapati qari Melayu kita besar kemungkinan tidak tahu bahasa Arab.

Jadi mereka merasa hairan bagaimana boleh membaca dengan sedap dan baik, tetapi tidak memahami maksudnya. Jadi kita jangan termasuk di dalam lingkungan mereka yang membaca dengan baik, tetapi tidak memahaminya.

Kita perlu membaca dengan baik serta perlu memahaminya. Selepas memahaminya, insya-Allah kita boleh berhadapan dengan apa saja masalah duniawi dan juga ukhrawi.

Untuk memahami maksud ayat al-Quran bukan sukar dan membebankan. Allah tidak membebankan hambanya dengan sesuatu perkara yang sukar. Hal ini termasuklah usaha memahami al-Quran. Allah memberi jaminan bagi hal ini dengan firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami mudahkan pembelajaran al-Quran, maka wujudkah orang-orang yang mengambil pengajaran?” (Surah Al-Qamar, ayat 17)
Imam Syafie berpesan: “Barang siapa yang belajar al-Quran, maka harga dirinya menjadi mulia”. Untuk itu, sarjana Islam menyusun beberapa kaedah untuk memahami al-Quran. Ia bukan sekadar menguasai bahasa Arab dengan baik. Antara buku yang disusun membahas perkara ini ialah Bagaimana Memahami Al-Quran, karangan Syaikh Muhammad Jamil Zinu. Beliau salah seorang bekas tenaga pengajar di Al-Masjid Al-Haram Makkah.


Tahap memahami al-Quran

  • Memahami ayat al-Quran dengan ayat al-Quran yang lain. Sebuah buku yang terkenal menyusun pemahaman ayat al-Quran berdasarkan ayat al-Quran yang lain ialah buku tafsir Adhwaul Bayan, karangan Syaikh Muhammad Amin al-Syanqiti.

  • Memahami ayat al-Quran dengan penjelasan hadis Nabi Muhammad s.a.w.

  • Memahami ayat al-Quran dengan penjelasan sahabat. Antara sahabat Nabi yang terkenal dan paling banyak membuat penjelasan ayat al-Quran ialah Ali bin Abi Talib, Abdullah bin Masud, Abdullah bin Abbas dan beberapa sahabat yang lain.

  • Memahami ayat al-Quran dengan penjelasan anak murid sahabat yang digelar sebagai tabiin seperti Mujahid, Ikrimah, Atha bin Abi Robah dan Said bin Jubayr. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menulis dalam Muqadimah Usul al-Tafsir, “Manusia yang paling arif mengenai tafsir al-Quran ialah penduduk Makkah kerana mereka adalah anak murid Abdullah bin Abbas”.


    Penulis Timbalan Rektor Universiti Al-Madinah Antarabangsa (MEDIU) merangkap Pengerusi Sekretariat iLMU  



  •